Sunday, 24 May 2015

Durian duri hitam, atau lebih terkenal dengan nama Ochee adalah salah satu jenis durian yang dibudidayakan dan di Unggulkan selain Musang King di negara tersebut. Jenis durian ini mulai ada di malaysia bagian utara semenjak tahun 80an dan mulai mendapatkan reputasinya di tahun 2005. Ciri-ciri buah durian duri hitam diantaranya adalah daging buahnya berwarna Kuning keemasan, baunya harum , Tekstur Daging lembut dan creamy. Durian ini memang berbiji sedang namun memiliki jumlah susunan pongge ( isi satuan daging buah didalamnya biasanya 4-6 buah ) yang lebih banyak dibanding durian lainnya. Rasanya pun manis legit, berasa sedikit pahit namun akan segera lumer dengan rasa legitnya.
Buah ini termasuk buah yang produktif. Semakin banyak bunganya semakin banyak pula buahnya. Pohon ini juga bisa hidup di berbagai tempat dan tahan cuaca kering. Dengan penanganan yang tepat sudah jelas berkebun buah durian jenis ini dapat menghasilkan untung yang banyak. Berminat mencuba.
Kami menbekalkan Bibit Durian Duri Hitam / Ochee dan Bibit Durian Unggul Lainya dan tentunya Kualiti dan keaslian Bibit Kami Jaga


Kelapa Matag

KELAPA MATAG
Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan.  Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter.  Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.  Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.  

Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar.  Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).

Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang.  Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.

Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal.  Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok).   Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.

Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA.  Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.

Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang.  Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.

Sunday, 17 May 2015

Benih nangka J33

              
  
Nangka J33 mendapat permintaan ramai kerana kualitinya
tempoh matang yg singkat,berbau harum,lemak & manis..
permintaan yg tinggi dari masyarakat kita hari ini..
boleh dapatkan dari kami..sebarang pertanyaan boleh hubungi 
pihak kami..untuk mndapat maklumbalas pantas sila whatsapp..tq

Sunday, 10 May 2015

benih mangga chokanan

 


kami membekalkan benih mangga chokanan untuk jualan runcit & juga utk
kuantiti yg banyak..kami juga membekalkan berbagai benih buah buahan tempatan..
sebarang prtanyaan boleh call/whatsapp ASHRAF 019-5056380