Wednesday 27 April 2016

BETIK SEKAKI


BETIK SEKAKI

Kebaikan penanaman buah Betik Sekaki

·         Vitamin C mencantikkan badan dan membuatkan kulit lebih cerah.
·         Papain , iaitu enzim yang terdapat dalam getah betik digunakan sebagai pelembut daging.
·         Berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian dan berupaya mengekalkan awet muda.
·         Mengandungi komponen aktif dalam buah-buahan yang mampu mengurangkan tindak balas pengoksidaan dan juga mampu bertindak balas untuk kulit seseorang berkedut.
·         Juga ada komponen aktif untuk sebatian fenolik yang bertindak sebagai antipengoksidaan yang melambatkan proses penuaan.
·         Berperanan menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit yang berkaitan dengan jantung dan penyakit Alzheimer.
·         Biji betik muda dimakan untuk dijadikan ubat cacing terutamanya bagi kanak-kanak.
·         Daun betik muda dan bunga betik elok untuk sakit pinggang.
·         Getah daripada batangnya digunakan untuk mengubat gatal-gatal pada kulit dan kudis terutamanya kudis buta.
·         Manakala pucuk betik yang dicelur boleh dibuat ulam dan dipercayai boleh merampingkan pinggan terutama sekali bagi wanita.
·         Buahnya apabila dimakan boleh melegakan sembelit dan air rebusan daun betik muda boleh menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan.


No comments:

Post a Comment